Sunday, 18 May 2014

MOHON SEMUA BACA TERUTAMA KEPADA MEREKA YANG BERGELAR PELAJAR UNIVERSITI..

Sibuk kejar kehidupan.
Belajar. Belajar. Belajar. Siapkan assignment. Belajar lagi. Kerja part time. Belajar lagi. Futsal sampai pukul dua pagi. Study. Exam. Exam lagi. Carry marks lagi. Belajar lagi. Kerja sepenuh masa. Rindu orang itu, orang ini. Cemburu orang itu dengan orang ini. Bincang pasal nikah. Lewat bangun solat subuh, tapi lebih risau lewat nak pergi kelas. Tak risau sangat solat lambat. Balik rumah dah lewat, solat asar ke mana, solat maghrib ke mana. Perut lapar, cari makanan. Duit takde, pergi bank. Rasa tak tenang, ada benda tak kena, pakai earphone, dengar lagu apa-apa. Duduk di kawasan lapang, tenangkan fikiran. Al Quran tak bersentuh, masjid tak jejak.
Benda sama lagi dibuat. Sambil online, tiba-tiba terbaca satu tweet,
"Buat apa pun, jangan lupa, Allah nampak semuanya. Malaikat mencatat."
Tanpa rasa tersentuh, hati mula kata, "Benda dah selalu diingatkan. Aku tahulah Allah tu Maha Melihat. Malaikat tu sentiasa mencatat."
Teruskan dengar pula lagu Mr Saxobeat, online lagi. Main game.
Tanpa rasa diperhatikan, sebenarnya malaikat maut daripada pagi duk pandang kita. Terbangun solat subuh lewat, Allah tahu. Malaikat kiri kanan tahu. Malaikat maut pun tahu.
Sambung dengar lagu Starships pula. Sibuk-sibuk dengar, mulut pun ikut sekali menyanyi. Baca Al Quran? Ala nanti-nanti boleh.
Malaikat maut menjengah lagi.
Tiba-tiba terdengar azan. Tengah syok online ni. Tengok jam. Awal lagi. Teruskan online dulu, lagi sepuluh minit solatlah. Berlalu sepuluh minit, tengok jam, cipta alasan lain pula. Sampai dah tinggal lima minit waktu nak habis, baru pulun lari pergi wudhuk, nak solat. Itu Alhamdulillah solat. Yang terus tak solat sebab alasannya dah terlewat? Guane tu?
Malaikat maut ziarah lagi.
Nasib tak nampak je malaikat maut tu. Kalau nampak, confirm masing-masing tak ada masa nak buat benda lagha. Setiap masa pun nak buat baik je.
Sebelum tidur, belek-belek phone dulu. Wish goodnight kat boyfriend/girlfriend dulu.
"Biy, nanti kejut I bangun solat subuh eh? Goodnight sayang. I love you. Esok mesej lagi "
Baru nak tutup mata, nak tidur. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Ah sudah. Siapa pulak nak kacau aku ni.
"Nak apa?"
Kasar intonasi. Bengang kononnya ada orang kacau waktu mengantuk macam ni.
"Nak nyawa kamu. Masa kamu di dunia sudah tamat. Wahai anak adam, ini adalah waktu pertemuan kembali antara seorang hamba dengan Pencipta segala ciptaan."
Tergamam.
Ah. Macam mana ni. Aku belum sempat baca Quran. Aku dah lama tak solat taubat. Solat aku yang lepas-lepas ni yang aku sengaja tinggal nak buat macam mana.
Mati mana boleh tangguh lagi. Aduh. *tepuk dahi*
Esok dah janji dengan kawan nak main futsal. Dah janji nak mesej awek. Esok kena hantar assignment, deadline. Macam mana ni.
Lalu malaikat maut pun masuk ke dalam bilik.
Dengan muka cuak, cuba merayu mohon ditangguhkan waktu mati. Kita lupa, malaikat maut itu sentiasa memerhati. Tunggu masa nak ambil nyawa. Selama ni leka dengan dunia. Bila tiba hari kematian, baru yakin yang mati tu bila-bila. Tapi.... semuanya dah terlambat.
Jadi, mulai dari sekarang. Rancanglah kematian sebaik-baiknya. Nak mati dalam keadaan sudah bertaubat, atau nak mati dalam keadaan sibuk buat maksiat? Tepuk dada, tanya iman. Assalamualaikum wbt.

Tuesday, 30 April 2013

CAKK!! HI AJ's..SIHAT DOP KOME2 SEKALIAN?

bahahahaha...
bismillah...
akhirnya..seperti yang korang nampak..!!
gua dah dapat uniform lahhh...!!weehooo..!!
well lepas ni mohon dapat doakan aku dapat ke kursus lantikan pegawai pulak ye..
*wink2*
muka dah ada gaya pegawai tak?hehe..
emm..tapi pehal aku rasa aku cam gemok semacam ek? =.="
GEMOKKK!!omaigad!

ok chow..nak sambung jogging atas katil..
k bye sisters..assalamualaikum =D

Sunday, 3 March 2013

Hola Amigos!

Assalamualaikum.

Apa khabar sayang-sayang sekalian? Berharap semua dalam keadaan yg bagus je. Ekekeke....for me, I'm enjoying my new semester here in Universiti Pendidikan Sultan Idris. Masih lagi bergelar penghuni di Kolej Aminuddin Baki.
Muka kepenatan hahaha..aku taw selekeh =] hahah


So amacam result sem satu. Alhamdulillah dengar-dengar mostly AJ's dapat pointer 3.5 ke atas... Seronok dengar...berharap tidak patah semangat untuk meneruskan perjuangan dan terus mengerah tenaga untuk memacu kecemerlangan bersama. Terutamanya untuk ibu bapa kita...Semoga dipermudahkan... Amin Ya Rabb =]

Biasalah....bermulanya hidup baru...macam-macam benda nak kena uruskan...lebih-lebih lagi kalau ada memegang jawatan tertentu di kolej, kelab atau persatuan yada yadaa~~ Apapun yang kita buat...jangan sesekali lupa mak ayah....dan yang paling penting jaga hubungan kita dengan Yang Maha Pencipta.

Okeylaahhh sebenarnya taknak bebel panjang pun...sekadar nak berkongsi sedikit masa di sini.... Untuk sem 2 ni actually macam-macam aktiviti dah dirancang...

Tapi dalam banyak-banyak tu aku paling excited dan berharap projek Plantation tu berjalan dengan lancar. Projek besar melibatkan Mahasiswa Pertanian dengan kerjasama Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV), Kosiswa UPSI dan UPM. InsyaAllah projek sampai habis grad. Semoga dipermudahkan perjalanan ini Ya Allah.

Sekarang ni pun aku tengah usha-usha bila link permohonan biasiswa KPM tu nak keluar. Kawan-kawan.... doakan aku okay..doakan aku dapat lepas temuduga dengan lancar....InsyaAllah ada rezeki aku untuk dapat biasiswa tu....Yela selama ni xpernah nak layak mohon biasiswa....so sangat bersyukur even dapat apply je pun :) dapat xdapat itu cerita kemudian....

Sangat gembira bila ada sahabat yang cakap,"Good job girl ! Anda dah buat yg terbaik".

Rasa nak nangis pun ada bila ada yang cakap...good job. A simple phrase but intentionally can touch someone's heart.

Okaylahhh stop all the mushy sedey sedey things....berharap dpt menaip di ruangan ini lain kali. Dengan izin Nya. Insya Allah... sekarang ni aku nak bersiap-siap nak turun tgok Battle of The Band. Ok papai sweethearts :)

Monday, 24 December 2012

Dear Aj's

bismillah..
assalamualaikum semua..hope semua sihat..haha..
walaupun jadi zombie sempena study week sampai berjalan pun dah tak pijak tanah ni..hope korang sentiasa happy dan sentiasa positivekan diri k..sayang korang...








good luck k...aku doakan kita semua berjaya..insyallah...amin =D
masih jauh..tapi insyallah kita boleh...

Sunday, 23 December 2012

Fokus! Nak Final dahhhh~

Assalamualaikum...

Rindu kat korang semua...
banyak benda dah berubah tapi aku still sayang korang~~


with shera sayang~~


Hurmmm sekarang dah nak final dah..so good luck everyone....Just wanna say I'm in good condition.. Mentally and Physically. walaupun aku baru je putus cinta...tapi xpelah... ramai je yang happy nampaknya bila tau aku dah break dengan lelaki tu...terutamanya Abg Long aku.

Okeyhh aku percaya yang aku patut fokus dengan study..banyak benda yang aku kena fikir drpd masalah cinta aku ni...hurmm..dah kena fikir nak ambik subjek apa sem depan...

at ipoh,perak..muzium geologi
Alhamdulillah..permohonan aku untuk kekal di kolej Aminuddin Baki dah approved. So takyah nak pindah kolej sem depan....tapi kena aktif laa sem depan sebab KAB dah jadi Kolej untuk athletes....pfttttt~~ Hurmm nampaknya kena mintak tolong Fiq la ni... Sebab Fiq tu budak futsal dengan catur. So aku aim nak main catur untuk UPSI.

Ok..habis pasal hostel...next sem aku dah daftar untuk 9 subjek..this sem 7 subjek. sembilan nampak sikit tapi subjek major aku semua ekstrem kot...yelaaa nama pun Fakulti Teknik Vokasional. belum lagi aku nak kena belajar Piano... Hurmmm...pastu aku masuk kelas bahasa sepanyol... berharap xde overlapped la jadual nanti. yang pasti aku nak released tension waktu kelas Seni nanti....

oh yeahh aku berjaya pandu mesin biru nehh hiii~

Tu je kot nak kongsi. Hurmmm nak jumpa korang nanti. See ya later....

Buat yang terbaik untuk exam!

Doakan aku =]

Saturday, 22 December 2012

Study Menjelma..Final Akan Menanti Tiba..


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Assalamualaikum AJ's Family..

Pejam celik pejam celik dah nak habis sem 1 kan??

Kesian jugak aq tengok blog ni.. yela masing2 sibuk kan??nak2 lagi bile study week dah nak dekat..tak cukup tangan nak siapkan assignment dengan berkejaran pergi bilik lecturer hantar assignment sebelum dateline..tu baru assingment,tak kira lagi dengan tests and quizzes yang beratur tiap-tiap hari nak kena hadap..
student's life,right???it's normal..



apa2 pun, we'll say goodbye to semester 1..


dalam korang duk sibuk hadap buku & nota2, jangan lupa minta restu parent kita sebelum nak exam, mohon pada ALLAH to ease everything..just reminding my dearest sisters & myself..


ingat tak gambar ni lepas SPM?? (':


gambar dengan walid syuk ,minggu terakhir sekolah..

teringat kenangan minggu terakhir tu..banyak yg manis kan??
ingat tak, mase lepas habis paper kita pergi sekolah..*menggatal je pergi sekolah,padahal dah tarrappapa nak buat* 
benda tu manis sgt tapi xbole buat kita hidap kencing manis..

dah jauh merepek dah ni..just wish u all GOOD LUCK FOR YOUR FINAL!!!
TRY YOUR BEST IN THE WAR!!


Ingat daku dalam doa mu~~
♥,love from busu,
BieL aBeL
Assalamualaikum..Spread Salam, Spread Love To Muslims..









Thursday, 22 November 2012

Kiriman Doa Buat Saudara Seagama Ku Di Palestin

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum AJ's..

Mohon kalian berada dalam rahmat NYA..

The latest & saddest news that the whole world knows about it; GAZA..
di manakah hak asasi manusia mereka di tanah air sendiri??

Setiap masa nyawa umat Islam diragut dengan kejam atas alasan mempertahankan diri dari serangan umat Islam..

biasanya ketika masih bayi,mereka dipenuhi dengan belaian ibu bapa. tapi kini,di Gaza mereka dilumuri darah,dihujani peluru. nyawa mereka bagai tiada harga.

"Ayah,biarkan aku pergi..Bertemu kita di syurga ALLAH nanti"
Masya ALLAH..)':

Di saat anak-anak di Malaysia bermain sorok-sorok dengan riang..mereka menyorok menyelamatkan nyawa  yang tersayang..

Di saat anak-anak di Malaysia dilaungkan azan tanda kelahiran..mereka dilaungkan takbir solat jenazah sebagai tanda bertemu dengan ALLAH..


Ayuh lakukan sumbangan!!doa kita mereka harapkan..sumbangan amat diperlukan..


they're homeless,orphans & loneliness



reflekskan diri kita dengan mereka di sana..limpahan rahmat ALLAH buat kita terlalu banyak..
#PrayForGaza


Bank Islam Malaysia Berhad (Aman Palestin Berhad: 1202-9010-0478-80)
Maybank Malaysia Berhad (Aman Palestin Berhad: 5622-6301-0787)
Sumbangan juga boleh dibuat melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip
PALESTIN 10 (Jika nilai RM10)
dan hantar ke 39111.
Sebarang maklumat lanjut boleh melayari www.amanpalestin.net