Sunday, 12 July 2015

Senyum..

*sighing* banyak gila memori! lepas selak satu persatu yang ada dalam blog ni..

hows life guys.. kot2 la ade yang terlanjur terbukak blog ni then nampak post aku ni kan..hakhakhak..
anyways.. korang dah praktikal? praktikal kat mana?
best? manager ok? supervisor ok?
macam x sangka tinggal setahun je lagi bagi kita (yang ambik rogram 4 tahun) untuk tamatkan zaman universiti..
lepas tu aku dah boleh bukak kaunter kumpul kad kahwin banyak2..
entah orang ingat nak jemput aku ke tidak =.="

harap korang sihat2 je n berjaya selalu dalam kehidupan..in shaa allah..
till then..

#MuchoLove
#Muahx

p/s : aku dah x tiggal dah kat jasin.. aku dah pindah melaka.. bukan xnak bagitau..tapi aku still terkejut dengan pemindahan ini..acewahh.. actually, parents aku pindah while i'm still in perlis..kalau nak mai rumah boleh g ke kompleks perumahan polis sri temenggong .. roger2 lah ek.. =)

Sunday, 17 May 2015

Hai dan Assalamualaikum semua!

Mesti dah lama tak usha blog kan? Dah agak dah. HAHAHHA.
Kita pun baru teringat nak usha.

Mcm mana life? Harap2 tabah dan bersyukur selalu dlm mnghadapi dunia fana ni.

Untuk Min, harap kau ingat selalu Allah uji org yg Dia kehendaki yg terpilih. Be strong dan bersyukur. Semoga Nana kembali pulih. Jaga family baik2 k.

Untuk Nabila, kawan plus jiran aku. Saya tahu awak anak yg baik. Doakn ibu bapa awak. Jadi, be strong juga. Jaga family baik2. Nanti aku balik Melaka, hari2 boleh lepak tepi jalan Kesang. HAHAHHA.

Untuk Ainnur, Ain, Zaty dan Anisah, harap korang sihat selalu hendaknya. Kehidupan sbgai pelajar ada naik turun. Jadi be strong k!

Mgkin aku tak update psal keadaan korang. Tapi in sha Allah, doa sbgai alat update kita semua. Thnks kawan2! Kawan sampai tua2 kerepot. Yeah!



Deela Hamzah

Sunday, 15 February 2015

Kawan kerana Allah, in sha Allah sentiasa dlm doa wlaupun tak didepan mata

Lupa psal ada blog ni. Rasa mcm bodoh je kenapa dh lupa psal blog ni.

Tadi tergerak hati nk sign in google account kat chrome browser, then, nmpk blog ni kat bookmarks options. Baru ingt balik. Time dulu2. Hahahhaa.

Bila dh tua ni, baru pikir, kenapa sibuk sgt? Kenapa busy smpai tak lay back pikir bnda yg happy. Memori dulu2, time skola. Hahahha, good times.

Aku dri dulu dgn tak matang, ego ngn tak pikir dlm2. Tpi bila dh 22 taun ni aku cuba utk berubah. Sikit demi sdikit. In sha Allah.

Walaupun kita tak lah slalu tepon sesame sendiri, tak tnya hal setiap hari. Tapi dlm sudut hati ni, harap semua baik2 je. Tapi seyesly, klau ada apa2, jgn malu nk ckp, jgn malu nk tnya. In sha Allah boleh.

Rasa cool je bila bayangkan, dh tua dh 50 tahun ke, still kawan. Keluar smbil bawak cucu ke. Mngkin masa remaja, bnyk masalah. Ada yg perangai tak kena umur. Manusia lain2, perangai lain, cara lain2.

Perempuan dgn mood nya. Nak2 aku ni, perangai cam hampeh. Hahhaha.

Tapi aku gembira dpt kawan cm korang. Senang citer, klau share masalah atau hal sedih mesti korang boleh bantu.

Kawan tak semestinya ada masa gembira. Kadang masa yg tak dijangka.

Maaf klau ada salah silap. Terlanjur bicara. Terkasar bahasa.

-Deela

Sunday, 18 May 2014

MOHON SEMUA BACA TERUTAMA KEPADA MEREKA YANG BERGELAR PELAJAR UNIVERSITI..

Sibuk kejar kehidupan.
Belajar. Belajar. Belajar. Siapkan assignment. Belajar lagi. Kerja part time. Belajar lagi. Futsal sampai pukul dua pagi. Study. Exam. Exam lagi. Carry marks lagi. Belajar lagi. Kerja sepenuh masa. Rindu orang itu, orang ini. Cemburu orang itu dengan orang ini. Bincang pasal nikah. Lewat bangun solat subuh, tapi lebih risau lewat nak pergi kelas. Tak risau sangat solat lambat. Balik rumah dah lewat, solat asar ke mana, solat maghrib ke mana. Perut lapar, cari makanan. Duit takde, pergi bank. Rasa tak tenang, ada benda tak kena, pakai earphone, dengar lagu apa-apa. Duduk di kawasan lapang, tenangkan fikiran. Al Quran tak bersentuh, masjid tak jejak.
Benda sama lagi dibuat. Sambil online, tiba-tiba terbaca satu tweet,
"Buat apa pun, jangan lupa, Allah nampak semuanya. Malaikat mencatat."
Tanpa rasa tersentuh, hati mula kata, "Benda dah selalu diingatkan. Aku tahulah Allah tu Maha Melihat. Malaikat tu sentiasa mencatat."
Teruskan dengar pula lagu Mr Saxobeat, online lagi. Main game.
Tanpa rasa diperhatikan, sebenarnya malaikat maut daripada pagi duk pandang kita. Terbangun solat subuh lewat, Allah tahu. Malaikat kiri kanan tahu. Malaikat maut pun tahu.
Sambung dengar lagu Starships pula. Sibuk-sibuk dengar, mulut pun ikut sekali menyanyi. Baca Al Quran? Ala nanti-nanti boleh.
Malaikat maut menjengah lagi.
Tiba-tiba terdengar azan. Tengah syok online ni. Tengok jam. Awal lagi. Teruskan online dulu, lagi sepuluh minit solatlah. Berlalu sepuluh minit, tengok jam, cipta alasan lain pula. Sampai dah tinggal lima minit waktu nak habis, baru pulun lari pergi wudhuk, nak solat. Itu Alhamdulillah solat. Yang terus tak solat sebab alasannya dah terlewat? Guane tu?
Malaikat maut ziarah lagi.
Nasib tak nampak je malaikat maut tu. Kalau nampak, confirm masing-masing tak ada masa nak buat benda lagha. Setiap masa pun nak buat baik je.
Sebelum tidur, belek-belek phone dulu. Wish goodnight kat boyfriend/girlfriend dulu.
"Biy, nanti kejut I bangun solat subuh eh? Goodnight sayang. I love you. Esok mesej lagi "
Baru nak tutup mata, nak tidur. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Ah sudah. Siapa pulak nak kacau aku ni.
"Nak apa?"
Kasar intonasi. Bengang kononnya ada orang kacau waktu mengantuk macam ni.
"Nak nyawa kamu. Masa kamu di dunia sudah tamat. Wahai anak adam, ini adalah waktu pertemuan kembali antara seorang hamba dengan Pencipta segala ciptaan."
Tergamam.
Ah. Macam mana ni. Aku belum sempat baca Quran. Aku dah lama tak solat taubat. Solat aku yang lepas-lepas ni yang aku sengaja tinggal nak buat macam mana.
Mati mana boleh tangguh lagi. Aduh. *tepuk dahi*
Esok dah janji dengan kawan nak main futsal. Dah janji nak mesej awek. Esok kena hantar assignment, deadline. Macam mana ni.
Lalu malaikat maut pun masuk ke dalam bilik.
Dengan muka cuak, cuba merayu mohon ditangguhkan waktu mati. Kita lupa, malaikat maut itu sentiasa memerhati. Tunggu masa nak ambil nyawa. Selama ni leka dengan dunia. Bila tiba hari kematian, baru yakin yang mati tu bila-bila. Tapi.... semuanya dah terlambat.
Jadi, mulai dari sekarang. Rancanglah kematian sebaik-baiknya. Nak mati dalam keadaan sudah bertaubat, atau nak mati dalam keadaan sibuk buat maksiat? Tepuk dada, tanya iman. Assalamualaikum wbt.

Tuesday, 30 April 2013

CAKK!! HI AJ's..SIHAT DOP KOME2 SEKALIAN?

bahahahaha...
bismillah...
akhirnya..seperti yang korang nampak..!!
gua dah dapat uniform lahhh...!!weehooo..!!
well lepas ni mohon dapat doakan aku dapat ke kursus lantikan pegawai pulak ye..
*wink2*
muka dah ada gaya pegawai tak?hehe..
emm..tapi pehal aku rasa aku cam gemok semacam ek? =.="
GEMOKKK!!omaigad!

ok chow..nak sambung jogging atas katil..
k bye sisters..assalamualaikum =D

Sunday, 3 March 2013

Hola Amigos!

Assalamualaikum.

Apa khabar sayang-sayang sekalian? Berharap semua dalam keadaan yg bagus je. Ekekeke....for me, I'm enjoying my new semester here in Universiti Pendidikan Sultan Idris. Masih lagi bergelar penghuni di Kolej Aminuddin Baki.
Muka kepenatan hahaha..aku taw selekeh =] hahah


So amacam result sem satu. Alhamdulillah dengar-dengar mostly AJ's dapat pointer 3.5 ke atas... Seronok dengar...berharap tidak patah semangat untuk meneruskan perjuangan dan terus mengerah tenaga untuk memacu kecemerlangan bersama. Terutamanya untuk ibu bapa kita...Semoga dipermudahkan... Amin Ya Rabb =]

Biasalah....bermulanya hidup baru...macam-macam benda nak kena uruskan...lebih-lebih lagi kalau ada memegang jawatan tertentu di kolej, kelab atau persatuan yada yadaa~~ Apapun yang kita buat...jangan sesekali lupa mak ayah....dan yang paling penting jaga hubungan kita dengan Yang Maha Pencipta.

Okeylaahhh sebenarnya taknak bebel panjang pun...sekadar nak berkongsi sedikit masa di sini.... Untuk sem 2 ni actually macam-macam aktiviti dah dirancang...

Tapi dalam banyak-banyak tu aku paling excited dan berharap projek Plantation tu berjalan dengan lancar. Projek besar melibatkan Mahasiswa Pertanian dengan kerjasama Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV), Kosiswa UPSI dan UPM. InsyaAllah projek sampai habis grad. Semoga dipermudahkan perjalanan ini Ya Allah.

Sekarang ni pun aku tengah usha-usha bila link permohonan biasiswa KPM tu nak keluar. Kawan-kawan.... doakan aku okay..doakan aku dapat lepas temuduga dengan lancar....InsyaAllah ada rezeki aku untuk dapat biasiswa tu....Yela selama ni xpernah nak layak mohon biasiswa....so sangat bersyukur even dapat apply je pun :) dapat xdapat itu cerita kemudian....

Sangat gembira bila ada sahabat yang cakap,"Good job girl ! Anda dah buat yg terbaik".

Rasa nak nangis pun ada bila ada yang cakap...good job. A simple phrase but intentionally can touch someone's heart.

Okaylahhh stop all the mushy sedey sedey things....berharap dpt menaip di ruangan ini lain kali. Dengan izin Nya. Insya Allah... sekarang ni aku nak bersiap-siap nak turun tgok Battle of The Band. Ok papai sweethearts :)

Monday, 24 December 2012

Dear Aj's

bismillah..
assalamualaikum semua..hope semua sihat..haha..
walaupun jadi zombie sempena study week sampai berjalan pun dah tak pijak tanah ni..hope korang sentiasa happy dan sentiasa positivekan diri k..sayang korang...








good luck k...aku doakan kita semua berjaya..insyallah...amin =D
masih jauh..tapi insyallah kita boleh...