Tuesday, 19 June 2018

Hey!

Bismillah,

Pejam celik, pejam celik dari zaman budak-budak spm 2010 sekarang masing-masing dah besar panjang. Ada kerjaya sendiri, ada hidup sendiri, ada yang dah sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi dan ada jugak yang dah jadi Dr. Tahniah semua! You guys did well! Glad to hear yang masing-masing still living, still breathing dengan riang gembiranya.. haha #Tiber #Over

Dah 2018 guys! Harapnya semua terus hidup bahagia, ceria, gembira dan terus sukses selalu in your very own phase of life. Good luck semua. 

Mucho love,
Ain

Wednesday, 2 May 2018

Dah tua dahhhh

Dah 25 tahun dah wei. Aku harap semua sihat sejahteraaaa!!! Rindu zaman sekolah. Masa ego tak besar sgt.

Wednesday, 17 January 2018

2018 dahhh oiiiii

Ni dah tahun 2018. Ada yang dah kahwin ada yang belum.

Aku harap semua baik je. Sbb skrg dah ada hidup semua sendiri.

Doakan yang terbaik buat kita semua. AAMIINNN

Tuesday, 19 April 2016

FReeeeeeee dulu, skang tak freeeeeeeee



Hahhahahah, elok2 buat FYP. Rasanya, blog ni kesunyian btul. Ada cengkerik aku tgk. hahahahaha


Tapi serius talk, aku harap korang kalau dlm kesusahan ke atau kesdihan melampau ke, beritau lah aku. In sha Allah, aku ada. Tpi kenkadang ajak lepak, klau aku tk dpt lepak. Soriii banyak2.

Kekadang, family matters, yelah, nak2 family aku ni jenis yg tk ikut masa. Tiba2 kang ada hal kena pergi sana pergi sini. Tk de perancangan masa betul. Mcm surprise sungguh family aku ni. Jdi, minta maapppp banyk2 klau tk dpt lepak sama2.

Skang ni klau aku rasa insekyor psal kerjaya ke, psal kehidupan in general ke, aku dh tnam diri kt diri aku,. selagi muda ni, take this as a challenge, don't afraid to make mistakes, and live without hate.

So, aku harap aku kekal dgn this quote, and korang jugak.

Wednesday, 13 April 2016

KO DAH FREE SANGAT KE DILA?

yep.. sekejap je dah pertengahan bulan 4..
aku nampak korang masing2 dah move on dengan hidup masing2..
ade yang tengah buat intern.. ada yang dah keje.. ada yang still menapai kat u masing2 siapkan fyp..
how i missed those days..
ok guys.. as long as korang bahagia.. aku pun bahagia jua.. ececeh macam lagu jek..
sneak peak untuk projek meriam buluh aku..hahaha lol!






Wednesday, 30 December 2015

Mana semua?

HAHAHHAHA, aku dah baca post dak ain. Yg lain mana? Mari2 update. Aku harap blog ni aktif balik. HAHAHAAH.

Bagi yg final year, tgh buat FYP smua. Good luck. Tensen mmg tensen. Tapi nnti dh graduate, mesti rindu balik.

Tpi aku harap sihat2 je smua. Jaga family baik2 k.

Kahwin jgn lupa jemputttt.

Sunday, 12 July 2015

Senyum..

*sighing* banyak gila memori! lepas selak satu persatu yang ada dalam blog ni..

hows life guys.. kot2 la ade yang terlanjur terbukak blog ni then nampak post aku ni kan..hakhakhak..
anyways.. korang dah praktikal? praktikal kat mana?
best? manager ok? supervisor ok?
macam x sangka tinggal setahun je lagi bagi kita (yang ambik rogram 4 tahun) untuk tamatkan zaman universiti..
lepas tu aku dah boleh bukak kaunter kumpul kad kahwin banyak2..
entah orang ingat nak jemput aku ke tidak =.="

harap korang sihat2 je n berjaya selalu dalam kehidupan..in shaa allah..
till then..

#MuchoLove
#Muahx

p/s : aku dah x tiggal dah kat jasin.. aku dah pindah melaka.. bukan xnak bagitau..tapi aku still terkejut dengan pemindahan ini..acewahh.. actually, parents aku pindah while i'm still in perlis..kalau nak mai rumah boleh g ke kompleks perumahan polis sri temenggong .. roger2 lah ek.. =)

Sunday, 17 May 2015

Hai dan Assalamualaikum semua!

Mesti dah lama tak usha blog kan? Dah agak dah. HAHAHHA.
Kita pun baru teringat nak usha.

Mcm mana life? Harap2 tabah dan bersyukur selalu dlm mnghadapi dunia fana ni.

Untuk Min, harap kau ingat selalu Allah uji org yg Dia kehendaki yg terpilih. Be strong dan bersyukur. Semoga Nana kembali pulih. Jaga family baik2 k.

Untuk Nabila, kawan plus jiran aku. Saya tahu awak anak yg baik. Doakn ibu bapa awak. Jadi, be strong juga. Jaga family baik2. Nanti aku balik Melaka, hari2 boleh lepak tepi jalan Kesang. HAHAHHA.

Untuk Ainnur, Ain, Zaty dan Anisah, harap korang sihat selalu hendaknya. Kehidupan sbgai pelajar ada naik turun. Jadi be strong k!

Mgkin aku tak update psal keadaan korang. Tapi in sha Allah, doa sbgai alat update kita semua. Thnks kawan2! Kawan sampai tua2 kerepot. Yeah!



Deela Hamzah

Sunday, 15 February 2015

Kawan kerana Allah, in sha Allah sentiasa dlm doa wlaupun tak didepan mata

Lupa psal ada blog ni. Rasa mcm bodoh je kenapa dh lupa psal blog ni.

Tadi tergerak hati nk sign in google account kat chrome browser, then, nmpk blog ni kat bookmarks options. Baru ingt balik. Time dulu2. Hahahhaa.

Bila dh tua ni, baru pikir, kenapa sibuk sgt? Kenapa busy smpai tak lay back pikir bnda yg happy. Memori dulu2, time skola. Hahahha, good times.

Aku dri dulu dgn tak matang, ego ngn tak pikir dlm2. Tpi bila dh 22 taun ni aku cuba utk berubah. Sikit demi sdikit. In sha Allah.

Walaupun kita tak lah slalu tepon sesame sendiri, tak tnya hal setiap hari. Tapi dlm sudut hati ni, harap semua baik2 je. Tapi seyesly, klau ada apa2, jgn malu nk ckp, jgn malu nk tnya. In sha Allah boleh.

Rasa cool je bila bayangkan, dh tua dh 50 tahun ke, still kawan. Keluar smbil bawak cucu ke. Mngkin masa remaja, bnyk masalah. Ada yg perangai tak kena umur. Manusia lain2, perangai lain, cara lain2.

Perempuan dgn mood nya. Nak2 aku ni, perangai cam hampeh. Hahhaha.

Tapi aku gembira dpt kawan cm korang. Senang citer, klau share masalah atau hal sedih mesti korang boleh bantu.

Kawan tak semestinya ada masa gembira. Kadang masa yg tak dijangka.

Maaf klau ada salah silap. Terlanjur bicara. Terkasar bahasa.

-Deela

Sunday, 18 May 2014

MOHON SEMUA BACA TERUTAMA KEPADA MEREKA YANG BERGELAR PELAJAR UNIVERSITI..

Sibuk kejar kehidupan.
Belajar. Belajar. Belajar. Siapkan assignment. Belajar lagi. Kerja part time. Belajar lagi. Futsal sampai pukul dua pagi. Study. Exam. Exam lagi. Carry marks lagi. Belajar lagi. Kerja sepenuh masa. Rindu orang itu, orang ini. Cemburu orang itu dengan orang ini. Bincang pasal nikah. Lewat bangun solat subuh, tapi lebih risau lewat nak pergi kelas. Tak risau sangat solat lambat. Balik rumah dah lewat, solat asar ke mana, solat maghrib ke mana. Perut lapar, cari makanan. Duit takde, pergi bank. Rasa tak tenang, ada benda tak kena, pakai earphone, dengar lagu apa-apa. Duduk di kawasan lapang, tenangkan fikiran. Al Quran tak bersentuh, masjid tak jejak.
Benda sama lagi dibuat. Sambil online, tiba-tiba terbaca satu tweet,
"Buat apa pun, jangan lupa, Allah nampak semuanya. Malaikat mencatat."
Tanpa rasa tersentuh, hati mula kata, "Benda dah selalu diingatkan. Aku tahulah Allah tu Maha Melihat. Malaikat tu sentiasa mencatat."
Teruskan dengar pula lagu Mr Saxobeat, online lagi. Main game.
Tanpa rasa diperhatikan, sebenarnya malaikat maut daripada pagi duk pandang kita. Terbangun solat subuh lewat, Allah tahu. Malaikat kiri kanan tahu. Malaikat maut pun tahu.
Sambung dengar lagu Starships pula. Sibuk-sibuk dengar, mulut pun ikut sekali menyanyi. Baca Al Quran? Ala nanti-nanti boleh.
Malaikat maut menjengah lagi.
Tiba-tiba terdengar azan. Tengah syok online ni. Tengok jam. Awal lagi. Teruskan online dulu, lagi sepuluh minit solatlah. Berlalu sepuluh minit, tengok jam, cipta alasan lain pula. Sampai dah tinggal lima minit waktu nak habis, baru pulun lari pergi wudhuk, nak solat. Itu Alhamdulillah solat. Yang terus tak solat sebab alasannya dah terlewat? Guane tu?
Malaikat maut ziarah lagi.
Nasib tak nampak je malaikat maut tu. Kalau nampak, confirm masing-masing tak ada masa nak buat benda lagha. Setiap masa pun nak buat baik je.
Sebelum tidur, belek-belek phone dulu. Wish goodnight kat boyfriend/girlfriend dulu.
"Biy, nanti kejut I bangun solat subuh eh? Goodnight sayang. I love you. Esok mesej lagi "
Baru nak tutup mata, nak tidur. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Ah sudah. Siapa pulak nak kacau aku ni.
"Nak apa?"
Kasar intonasi. Bengang kononnya ada orang kacau waktu mengantuk macam ni.
"Nak nyawa kamu. Masa kamu di dunia sudah tamat. Wahai anak adam, ini adalah waktu pertemuan kembali antara seorang hamba dengan Pencipta segala ciptaan."
Tergamam.
Ah. Macam mana ni. Aku belum sempat baca Quran. Aku dah lama tak solat taubat. Solat aku yang lepas-lepas ni yang aku sengaja tinggal nak buat macam mana.
Mati mana boleh tangguh lagi. Aduh. *tepuk dahi*
Esok dah janji dengan kawan nak main futsal. Dah janji nak mesej awek. Esok kena hantar assignment, deadline. Macam mana ni.
Lalu malaikat maut pun masuk ke dalam bilik.
Dengan muka cuak, cuba merayu mohon ditangguhkan waktu mati. Kita lupa, malaikat maut itu sentiasa memerhati. Tunggu masa nak ambil nyawa. Selama ni leka dengan dunia. Bila tiba hari kematian, baru yakin yang mati tu bila-bila. Tapi.... semuanya dah terlambat.
Jadi, mulai dari sekarang. Rancanglah kematian sebaik-baiknya. Nak mati dalam keadaan sudah bertaubat, atau nak mati dalam keadaan sibuk buat maksiat? Tepuk dada, tanya iman. Assalamualaikum wbt.

Tuesday, 30 April 2013

CAKK!! HI AJ's..SIHAT DOP KOME2 SEKALIAN?

bahahahaha...
bismillah...
akhirnya..seperti yang korang nampak..!!
gua dah dapat uniform lahhh...!!weehooo..!!
well lepas ni mohon dapat doakan aku dapat ke kursus lantikan pegawai pulak ye..
*wink2*
muka dah ada gaya pegawai tak?hehe..
emm..tapi pehal aku rasa aku cam gemok semacam ek? =.="
GEMOKKK!!omaigad!

ok chow..nak sambung jogging atas katil..
k bye sisters..assalamualaikum =D

Sunday, 3 March 2013

Hola Amigos!

Assalamualaikum.

Apa khabar sayang-sayang sekalian? Berharap semua dalam keadaan yg bagus je. Ekekeke....for me, I'm enjoying my new semester here in Universiti Pendidikan Sultan Idris. Masih lagi bergelar penghuni di Kolej Aminuddin Baki.
Muka kepenatan hahaha..aku taw selekeh =] hahah


So amacam result sem satu. Alhamdulillah dengar-dengar mostly AJ's dapat pointer 3.5 ke atas... Seronok dengar...berharap tidak patah semangat untuk meneruskan perjuangan dan terus mengerah tenaga untuk memacu kecemerlangan bersama. Terutamanya untuk ibu bapa kita...Semoga dipermudahkan... Amin Ya Rabb =]

Biasalah....bermulanya hidup baru...macam-macam benda nak kena uruskan...lebih-lebih lagi kalau ada memegang jawatan tertentu di kolej, kelab atau persatuan yada yadaa~~ Apapun yang kita buat...jangan sesekali lupa mak ayah....dan yang paling penting jaga hubungan kita dengan Yang Maha Pencipta.

Okeylaahhh sebenarnya taknak bebel panjang pun...sekadar nak berkongsi sedikit masa di sini.... Untuk sem 2 ni actually macam-macam aktiviti dah dirancang...

Tapi dalam banyak-banyak tu aku paling excited dan berharap projek Plantation tu berjalan dengan lancar. Projek besar melibatkan Mahasiswa Pertanian dengan kerjasama Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV), Kosiswa UPSI dan UPM. InsyaAllah projek sampai habis grad. Semoga dipermudahkan perjalanan ini Ya Allah.

Sekarang ni pun aku tengah usha-usha bila link permohonan biasiswa KPM tu nak keluar. Kawan-kawan.... doakan aku okay..doakan aku dapat lepas temuduga dengan lancar....InsyaAllah ada rezeki aku untuk dapat biasiswa tu....Yela selama ni xpernah nak layak mohon biasiswa....so sangat bersyukur even dapat apply je pun :) dapat xdapat itu cerita kemudian....

Sangat gembira bila ada sahabat yang cakap,"Good job girl ! Anda dah buat yg terbaik".

Rasa nak nangis pun ada bila ada yang cakap...good job. A simple phrase but intentionally can touch someone's heart.

Okaylahhh stop all the mushy sedey sedey things....berharap dpt menaip di ruangan ini lain kali. Dengan izin Nya. Insya Allah... sekarang ni aku nak bersiap-siap nak turun tgok Battle of The Band. Ok papai sweethearts :)

Monday, 24 December 2012

Dear Aj's

bismillah..
assalamualaikum semua..hope semua sihat..haha..
walaupun jadi zombie sempena study week sampai berjalan pun dah tak pijak tanah ni..hope korang sentiasa happy dan sentiasa positivekan diri k..sayang korang...








good luck k...aku doakan kita semua berjaya..insyallah...amin =D
masih jauh..tapi insyallah kita boleh...

Sunday, 23 December 2012

Fokus! Nak Final dahhhh~

Assalamualaikum...

Rindu kat korang semua...
banyak benda dah berubah tapi aku still sayang korang~~


with shera sayang~~


Hurmmm sekarang dah nak final dah..so good luck everyone....Just wanna say I'm in good condition.. Mentally and Physically. walaupun aku baru je putus cinta...tapi xpelah... ramai je yang happy nampaknya bila tau aku dah break dengan lelaki tu...terutamanya Abg Long aku.

Okeyhh aku percaya yang aku patut fokus dengan study..banyak benda yang aku kena fikir drpd masalah cinta aku ni...hurmm..dah kena fikir nak ambik subjek apa sem depan...

at ipoh,perak..muzium geologi
Alhamdulillah..permohonan aku untuk kekal di kolej Aminuddin Baki dah approved. So takyah nak pindah kolej sem depan....tapi kena aktif laa sem depan sebab KAB dah jadi Kolej untuk athletes....pfttttt~~ Hurmm nampaknya kena mintak tolong Fiq la ni... Sebab Fiq tu budak futsal dengan catur. So aku aim nak main catur untuk UPSI.

Ok..habis pasal hostel...next sem aku dah daftar untuk 9 subjek..this sem 7 subjek. sembilan nampak sikit tapi subjek major aku semua ekstrem kot...yelaaa nama pun Fakulti Teknik Vokasional. belum lagi aku nak kena belajar Piano... Hurmmm...pastu aku masuk kelas bahasa sepanyol... berharap xde overlapped la jadual nanti. yang pasti aku nak released tension waktu kelas Seni nanti....

oh yeahh aku berjaya pandu mesin biru nehh hiii~

Tu je kot nak kongsi. Hurmmm nak jumpa korang nanti. See ya later....

Buat yang terbaik untuk exam!

Doakan aku =]

Saturday, 22 December 2012

Study Menjelma..Final Akan Menanti Tiba..


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Assalamualaikum AJ's Family..

Pejam celik pejam celik dah nak habis sem 1 kan??

Kesian jugak aq tengok blog ni.. yela masing2 sibuk kan??nak2 lagi bile study week dah nak dekat..tak cukup tangan nak siapkan assignment dengan berkejaran pergi bilik lecturer hantar assignment sebelum dateline..tu baru assingment,tak kira lagi dengan tests and quizzes yang beratur tiap-tiap hari nak kena hadap..
student's life,right???it's normal..



apa2 pun, we'll say goodbye to semester 1..


dalam korang duk sibuk hadap buku & nota2, jangan lupa minta restu parent kita sebelum nak exam, mohon pada ALLAH to ease everything..just reminding my dearest sisters & myself..


ingat tak gambar ni lepas SPM?? (':


gambar dengan walid syuk ,minggu terakhir sekolah..

teringat kenangan minggu terakhir tu..banyak yg manis kan??
ingat tak, mase lepas habis paper kita pergi sekolah..*menggatal je pergi sekolah,padahal dah tarrappapa nak buat* 
benda tu manis sgt tapi xbole buat kita hidap kencing manis..

dah jauh merepek dah ni..just wish u all GOOD LUCK FOR YOUR FINAL!!!
TRY YOUR BEST IN THE WAR!!


Ingat daku dalam doa mu~~
♥,love from busu,
BieL aBeL
Assalamualaikum..Spread Salam, Spread Love To Muslims..









Thursday, 22 November 2012

Kiriman Doa Buat Saudara Seagama Ku Di Palestin

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum AJ's..

Mohon kalian berada dalam rahmat NYA..

The latest & saddest news that the whole world knows about it; GAZA..
di manakah hak asasi manusia mereka di tanah air sendiri??

Setiap masa nyawa umat Islam diragut dengan kejam atas alasan mempertahankan diri dari serangan umat Islam..

biasanya ketika masih bayi,mereka dipenuhi dengan belaian ibu bapa. tapi kini,di Gaza mereka dilumuri darah,dihujani peluru. nyawa mereka bagai tiada harga.

"Ayah,biarkan aku pergi..Bertemu kita di syurga ALLAH nanti"
Masya ALLAH..)':

Di saat anak-anak di Malaysia bermain sorok-sorok dengan riang..mereka menyorok menyelamatkan nyawa  yang tersayang..

Di saat anak-anak di Malaysia dilaungkan azan tanda kelahiran..mereka dilaungkan takbir solat jenazah sebagai tanda bertemu dengan ALLAH..


Ayuh lakukan sumbangan!!doa kita mereka harapkan..sumbangan amat diperlukan..


they're homeless,orphans & loneliness



reflekskan diri kita dengan mereka di sana..limpahan rahmat ALLAH buat kita terlalu banyak..
#PrayForGaza


Bank Islam Malaysia Berhad (Aman Palestin Berhad: 1202-9010-0478-80)
Maybank Malaysia Berhad (Aman Palestin Berhad: 5622-6301-0787)
Sumbangan juga boleh dibuat melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip
PALESTIN 10 (Jika nilai RM10)
dan hantar ke 39111.
Sebarang maklumat lanjut boleh melayari www.amanpalestin.net


Saturday, 29 September 2012

NEW PLACE..NEW ENVIRONMENT..NEW FIENDS..

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum AJ's..

Alhamdulilah,i'm still breathing until this moment..
Alhamdulilah masing2 dah selamat mendaftar,selamat memulakn kelas,kuliah & seangkatan dgn nya..selamat kembali menjalani hidup sbagai pelajar..tp upgrade sikit..pelajar u..hehe..

Yap!!i'm still trying to adapt myself dgn tmpat baru..some moments,bile aq duduk while doing nothing..aq t'fikir..nilah peluang aq nk tengok tmpat org..*lebih kpd ayat nk pujuk diri sbenarnye*..hehe
memang minggu pertama kt sini..homesick tu da sama tinggi mcm gunung Everest..hiperbola yg melampau 

Tapi bile kelas da mula..perasaan tu da mula kurang..yela..dgn mane nk siapkn assignments,borang2 ptptn lg & macam2 lg..memang xad mase nk ternganga ingat kat rumah..hehe..


Kepada angah..
Jutaan tahniah diucapkan sebab ko serumah dgn sepupu aq a.k.a pebantu aq..

rase nak berlari pergi perak je bile tengok gmbar ni..hehe

mase ni borak memang xtengok jam..rindu..>,<

bile lah nak beraya lg macm ni kn??ohcem sgt!!thanks tuan rumah...



now,let's the pictures tell my story..(:
*xbanyak pun gmbar*

she's one of my housemates..she's an oohhcceemm girl..(:


dy yg b'semangat bile aq nak upload gmbar ni kt blog..ahaha

yg paling comel tulah saya!!ahaha

abaikan muke selekeh kami yg selekeh..baru balik dr koku..



that's all for today..
ada sumur ladang,boleh kita b'jumpe lg,
kalau ada umur yg panjang,jom b'kasih syang antara kita lg..
*mcm xkena je aq ubah pantun*









Wednesday, 26 September 2012

penatnyeeee

ak lapar....btol2 lapar.....nk mknnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

Wednesday, 15 August 2012

REUNION?

apa perasaannya kali ni?seronok masing-masing? hehe..pada aku alhamdulillah sebab semuanya berjalan dengan lancar walaupun aku dengan acik yang datang extra awal dah puas penat berjalan 1 jasin sebelum berbuka tu..

masin mulut deela.. kita makan lepas orang lain dah balik..*ye la..kita yang paling awal datang..kita yang last balik kan..*
seronok berbual dengan korang..seronok membebel.. bergurau bagai..memang terasa macam kat sekolah... haha..teringat waktu awal tu..katanya malu la nak buat bising kat kedai orang.. at last korang buat kedai tu dah macam kedai korang sendiri..hahaha..*dan rakan-rakan.. eh?LOL!*

lepas balik solat tu siap boleh jumpa "hantu bus stand"...ehe.. teringat gambar deela yang penuh bercahaya tu..LOL~

aku takkan lupa insyallah..
arigato.. =)

Sunday, 29 July 2012

YUHUUU !!! I'm home !!! ~~

Bismillahhirrahmanirrahim...   Assalamualaikum korang..  
         At last, dapat gak aku berkarya dekat sini.. sorry banyak2 sbb seriously aku lupe mcm mana nak tulis blog, aku lupe email and password aku.. tapi nasib si ALONG baik hati tolong siapkan segala persiapan untuk aku join blog ni.. thanks ALONG!!



       My second point.. hahahaha.. pasal abg cik.. emm taktau pulak mcm mana si along tu bole kidnapped gambar budak tu.. FB ler tu.. mmg die ehem aku.. hehe.. malu nak sebut.. doakan lah kami kekal forever and ever until when when ye darlingsss supaya dapat gak aku lalu bawah pedang time berarak mendung kelabu masa bersanding nanti~~

      Okey, sampai sini aku dah start blur.. nak aku update life aku sekarang kan.. emm cuti 4 bulan ni aku duk rumah men'chubby'kan badan.. alaa apa kisah.. dah sambung study nanti baru la berat turun tanpa perlu diet gara-gara kesibukan dan ke'jimat'an nye.. cakap pasal belajar ni, ALHAMDULILLAH aku dapat course yang memang family aku nak.. agak menyeramkan tapi aku akan cuba buat yang terbaik.. doakan aku ea.. 

     Sampai sini je lah.. dengar cite si along and angah dah merancang nak buat rule@rules untuk blog ni.. setiap AJs perlu/wajib/compulsory update this blog once in a month.. anyone agree?? hehe

     Satu lagi, last but not least, pasal AJs reunion buat kat mana2 area jasin aku tak kisah tapi kena bgtahu lebih awal.. senang aku nak berunding dengan encik mican aka ayah aku..

    Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. dan selamat berpuasa..^^


P/S : video atas ni aku taktau lah menjadi ke tidak.. tapi kalau jadi lagu ni aku tujukan khas untuk AJs.. enjoy darlingssss.. muaaahhh!!!