Showing posts with label AJ's. Show all posts
Showing posts with label AJ's. Show all posts

Tuesday, 24 July 2012

Hei Sayang =)

First of all. salam and greetings.

Feeling hari ni. Macam-macam.

Happy. Lega. Susah hati. Cuak. Eh macam-macam perasaan.

Btw, maaf sebab lama dah tak update blog ni.

Hahaha....

Tadi dah sudah med checkup. Semua mcm biasa je. Lama jugak doc tu examine aku.

Walaupun banyak benda yg happened few days ni aku rasa macam malas-malas je nak ambik kisah. (Kecuali  the fact yang Insyaallah pakcik sayang sambung belajar di negeri yang sama). eheh.

Aku masih cuba hadam fact di mana aku bakal bergelar tenaga pengajar. Tak pernah kot dalam mimpi or bercita-cita nak jadi guru,cikgu,pensyarah or anything same u wanna call. Apapun aku sangat happy dengan syllabus course aku yg bakal dipelajari di UPSI nanti. Kampus Sultan Azlan Shah. Proton City! Kelas kau jahhh~ hehe..

Dalam hidup ni xsemua manis. kalau manis je pun xsyiokk kan... banyak juga bala yang datang haharghhh. tapi aku redha je lar...petang ni pun dah sampai lagi dua bala tak habis-habis.

eheh apapun tahniah pada semua AJ's yang akan sambung degree bulan 9 neh.

Walaupun kebanyakan kita menyimpang cita-cita tapi course yang masing-masing dapat pun not bad la kan. Time to shine and let the world know what we can do.

Sayangs. Best of luck! Angah sayang korang.


enjoy the song. aku sangat suka.

Kami mara gaya sang juara
rebah bangkit lagi kami si juara ahh~
tanah tummpah darahku juara
mengaum-mengaum harimau malaya.

Monday, 28 March 2011

Hei Sayang!

bismillah,
assalam aj's.. kak ngah in the house yooo!!

so how's life? selepas result keluar...not a legend for spm ey....
overall aj's punya result ok dan biasa je...Acik dgn Usu dapat A banyak drpd kami.huuu~
it's okay..long way to go..so much more to grab, need overload focus, 500% struggle okeyh! overboard passion needed..no rampant courses and make wise choice..


"dare yourself to dream and dare yourself to fulfill it! lepas tu doa banyak2..amalan jgn tinggal"

orang kata matriks susah..matriks kalau tak dapat pointer tinggi abis la kau... aku baca khairul punya belog tadi sure aku menyumpah! aku dah berkobar-kobar nak buat matriks 4flat dia menakut-nakutkan aku konon-konon kalau masuk matriks nih byk dugaan banding budak stpm and foundation.. pastu nak sambung memana mcm susah..wekkk!! aku tak perlukan condemnation or fikiran yg tak supportive mcm kau bro!

so apa lagi yg kamu apply humans...for me..
matriks = tangkak,melaka,n.9
maktab = bahasa inggeris sk,masalah pendengaran
upu = asasi sains hayat,asasi sains fizikal,asasi bahasa inggeris, dip sains pertanian yo!
ikbn/poli = masakan barat,pastri,rekabentuk
spa = not yet open
ppum = will open
mas engine = will ask uncle about this.*maybe he can help me. wink~*

actually aku xnampak masa depan aku buat engine..pada aku kalau buat engine dekat UTP dgn overseas je yg boleh pakai..mengenai Mas Engine tu aku tak pasti..sama ada aku perlu apply untuk Mas Academy or diaorg suruh aku sambung kat MIAT dulu..but it worth a try kan? kalau under MAS dah sah-sah aku akan dapat kerja bawah MAS. Olalala....apapun aku taktau lagi nak tanya pak long atau tak pasal ni..

hella...aku nak sangat buat International Baccalaureate...tapi takde rezeki..nak mohon pun tak layak! pathetic jer bunyi nya..

sekarang aku rasa lega je bila ramai yg MIA... sebab kalau diaorg ada mesti kecoh2 nak tau apa result aku...dahla malu...dulu upsr n pmr straight a's...kena marah lagi...nasib baik ada yg nak pujuk..ada yg nak bg smgt!

okey..cukupla..kepada aj's....jom study sama tempat dgn kak ngah...coz I promise to take care kamoo semua..dan takkan biar kamu main-main lagi...usaha bersama..doa bersama..berjaya bersama..

p/s: ada hikmahnya gagal sekarang....maknanya kena sedar diri...

err....ada masa baca entry nih kat blog lagi satu!


Terror typO
~Izz Anis~

I'm fabulous in my own way..
I'm pathetic because of my 100% foolness..
I'm a girl like this..Just live-Never Regret humans!

Sunday, 27 February 2011

NASI LEMAK IJAU??

cakk!!
hehehehe..da macam takde blog sendiri je aku ni...sampai asyik nak merempat kat blog AJ's ni...*maaf*
hehehe..btw,aku nak sharin something la...
malam semalam aku sempat la msg ngan abg long korg~*mr capiq lerr*
hehehe..katany,dye baru lepas siap masak...

"masak??"


"masak ape tuu??"

pelik jugak aku pada mulanya..dye pandai masak ke??tercengang aku seketika..but wait..!!
kalau korang ingat dia yang masak nasik lemak ijau tu...korang memang salah...

"habis..dia masak apa je??"

tu la pada mulanya aku pun tertanya2 jugak..teringin nak tau..hebat sangat ke skill dye memasak..

"eh,u masak ape ek?"


"why?"


"ala..saje nak tau.."


"hehe..masak telur dadar je yunk.."

bhahaha...gila!mati2 aku ingat dia masak lauk sedap...rupa2nya...TELUR!!
hehe...then aku tanya la..takkan la makan telur dadar dengan nasik kosong kot..

"makan macam tu je..?sedap ke?"


"eh, takla..i makan dengan nasi lemak...kale ijau lagi tuu~"


hoh??terkejut beruk aku..ada ke nasi lemak colour ijau??


"ijau..??ape ke pelik sangat nasi lemak tuu?"


"entah...tapi dye kata ada campur pandan..i cube je la.."


"pelik...tapi sedap ke?"


"sedap.."

eee...pelik..kalau bagi kat aku soh rasa..memang sampai ke sudah aku taknak makan...huuu~macam poisonous...ngeri aku..buat2 kalau dye letakknya potassium cynade dalam tu...tak ke haru..*merepek je*

"berapa ringgit..??"


"1.20 je.."


"banyak ke ciput..??"


"ada la dalam 1 polistyrine..tapi betul sedap.."

aku pulak sampai ke hari ni terfikir2 macam mana la rupeny nasi lemak ijau tuu..ngee..^^
so pepagi lagi aku dah merayap2..blogging..kalau ada jodoh..jumpa lah aku dengan nasik lemak ijau tu..

"ahah!itu dia..."

terimas kepada cekcek sebab buat entry macam ni..huuhu..
kalau tak maunya aku kempunan nak tengok rupa nasi lemak ijau tu...
ha...ni cara2 nak buat nasi lemak ijau tu pulak..*i mean nasi lemak pandan*

NASI LEMAK PANDAN....
BAHAN-BAHANNYA...
  • 4 cawan beras basmathi...dicuci...direndam lebihkurang 1 - 2 jam...ditoskan
  • 6 cawan santan...( 400ml pati santan + air secukupnya untuk mendapatkan 6 cawan santan )
  • Garam dan gula secukup rasa...
  • 1 - 2 sudu kecil pandan emulco jenama Nona
  • 2 - 3 helai daun pandan dicuci dan dsimpulkan...
  • 1/2 inci halia dititik...
  • 1 - 2 ulas bawang putih dititik..

CARA-CARA PENYEDIAANNYA..
  • Masukkan beras basmathi kedalam periuk..
  • Garam...gula...dan juga pandan emulco dikacau sebati bersama santan...
  • Tuangkan santan kedalam periuk nasi yang berisi beras tadi...
  • Masaklah nasi bersama daun pandan yang telah disimpulkan sehingga masak....
  • Bila masak campurkan pulak halia dan bawang putih...biarkan nasi betul2 tanak ....
  • Setelah nasi dah cukup tanak barulah digemburkan.....siap dah.....
ermm..untuk korang yg takde watpe kat rumah n teringin nak cuba buat tu..sila2 kan lah ek..tp kalau dah siap nanti jangan lupa bagi sikit kat aku..hehe...^^
bagi aku, ni first time aku jumpa makanan macam ni...*sebab tu jakun sikit*
korang pulak?amacam?