Saturday 5 March 2011

SENYUM BUKAN TANDA SUKA..DIAM BUKAN TANDA SETUJU..


diam dan hayati...
setiap patah kata yang penuh dengan seribu makna...
alhamdulillah..aku masih boleh menghirup udara segar di bumi Allah nan indah..
aku masih mampu bernafas walaupun dalam kepayahan...
alhamdulillah..aku masih punya Allah..yang sentiasa menemaniku bila2 masa...
alhamdulillah..aku masih punya pancaindera...
aku masih mampu melihat..mendengar..merasa..serta berbicara..
andai satu waktu nanti..segala nikmat yang diberi diambil semula...
aku redha..
akan ku telan segalanya walaupun perit yang terasa itu sangat terasa..
walaupun kian mencengkam dan memamah jiwa...
kerna aku tau..semua yang ada padaku hari ini adalah milik-NYA yang esa..
walau aku kehilangan segalanya..wang..harta mahupun nyawa..
aku redha..kerna aku tahu Allah itu ada...


mungkin selama ini aku alpa..leka dengan nikmat dunia..
segala cubaan yang melanda itu merupakan hadiah yang terindah dari Allah..
insyallah...ada hikmah yang tersembunyi disebalik setiap kesusahan yang diberi...
setiap titis air mata yang menitis dari tubir mata..akan menjadi kekuatan yang nyata..
tabah dalam mengharungi hidup yang penuh dengan liku...ranjau yang penuh dengan duri..
allah tidak akan pernah memberi ujian yang tidak mampu diselesaikan oleh hambanya sendiri...
ujian itu penghapus dosa...insyallah...
jangan sesekali menyalahkan takdir...redha atas ketentuannya...
ingat..allah itu maha penyayang..
mohon pertolongan darinya...allah itu maha mendengar...
cubaan itu tandanya sayang...kasih sayang yang allah turunkan buat hambanya...


life is aint no waltz...
cubaan yang diturunkan itu bermaksud peringatan daripada allah kepada hambanya...
hidup di dunia ini bukan untuk selamanya...
kesenangan yang dimiliki di dunia ini bukannya berpanjagan...
ingat allah..insyallah...syurga menanti...
bersyukur kerana allah masih sayang pada kita...
bersyukur kerana kita masih mendapat hidayahnya...
BERSYUKUR KERANA ALLAH ITU ADA..

No comments: